Klik Dengan Bijak Dan Latihan Pengurusan Maklumat Sukarelawan Kospen
27 April 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 26 April 2015, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau bersama Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan telah menganjurkan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) kepada Sukarelawan KOSPEN. Program ini diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar Selatan dan disertai oleh 10 orang sukarelawan KOSPEN. Program ini berlangsung daripada jam 9 pagi hingga 11 pagi. Kempen ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak, belia dan juga para ibu bapa dan penjaga. KOSPEN melatih komuniti untuk menjadi sukarelawan KOSPEN mengajar komuniti mengisi data kesihatan secara talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: